top of page

PERTANDINGAN MINI LANDSKAP/TERRARIUM

(TEMA : ALAM SEKITAR TERPELIHARA HIDUP SEJAHTERA)

 

TARIKH : 31 OKTOBER 2018 (RABU)

MASA : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

TEMPAT : Dataran Lestari, SK Putra

 

Syarat-syarat Pertandingan:

  1. Terbuka kepada ­­­­­­­­­­­­­­­­­pelajar sekolah jemputan sahaja.

  2. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang pelajar dan seorang guru.

  3. Masa yang diperuntukkan adalah 2 jam sahaja.

  4. Taman mini landskap yang disediakan hendaklah dibuat di dalam tapak pertandingan yang disediakan.

  5. Bekas tanaman yang berukuran 60 cm x 45 cm x 15 cm (tinggi) sebagai tapak untuk pertandingan tersebut disediakan sendiri oleh peserta (boleh menggunakan bekas pasu, botol plastik, takungan , balang, akuarium terpakai dsb.) tanah disediakan oleh penganjur terhad kepada 2 bungkus bagi satu penyertaan.

  6. Peserta perlu menyediakan/membawa peralatan, bahan tanaman, tumbuhan hiasan serta bahan-bahan hiasan yang bersesuaian untuk pertandingan ini.

  7. Pihak penganjur tidak menyediakan alatan, bahan tanaman dan tumbuhan hiasan.

  8. Peserta perlu menentukan tajuk taman mini landskap berdasarkan tema dan menyediakan lakaran pelan landskap.

  9. Penilaian akan dinilai dari segi aspek kreativiti, kepelbagaian tanaman, penggunaan elemen-elemen lembut/kejur, aspek kebersihan dan sasiah.

  10. Keputusan panel hakim/pengadil adalah muktamad.

  11. Peserta perlu menjaga kebersihan semasa dan selepas pertandingan dijalankan.

  12. Yuran penyertaan adalah RM40 untuk setiap kumpulan.

  13. Hadiah akan disediakan.

  14. Sijil penyertaan akan disediakan untuk semua peserta.

  15. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan.

  16. Peserta perlu mendaftar dan membuat pembayaran sebelum pertandingan bermula.

  17. Peserta perlu berada di tapak pertandingan sebelum jam 9.00 pagi.

  18. Hasil kerja hanya boleh diambil semula pada selepas penyampaian hadiah dan selepas sesi fotografi. 

PEMARKAHAN

  • Sahsiah                                                              - 20 markah

  • Kreativiti                                                             - 20 markah

  • Kepelbagaian Tanaman                                    - 20 markah

  • Penggunaan Elemen-elemen Lembut/Kejur - 20 markah

  • Kebersihan                                                         - 20 markah

       Jumlah                                                                 100 markah

minihome.jpg
8135138_f520.jpg

© 2018 by SK Putra Kangar Perlis

bottom of page