top of page

Penganjuran KARNIVAL ALAM SEKITAR SEKOLAH KLUSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 ini sangat penting bagi memantapkan bidang kebitaraan alam sekitar kerana pertandingan yang akan dianjurkan nanti adalah berkaitan dengan ‘kesedaran alam sekitar’ yang boleh membangunkan kemahiran berfikir pelajar secara kritis, , kreatif dan inovatif serta kemahiran insaniah yang perlu dikembangkan bagi membangunkan generasi yang sedar akan tanggungjawab mereka kepada alam sekitar. Pada masa yang sama penerapan nilai-nilai murni terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat diperkukuhkan dalam kalangan pelajar.
 

SK Putra telah diiktiraf sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan Fasa 8 pada tahun 2014. Alam Sekitar merupakan salah satu bidang kebitaraan sekolah ini di samping bitara akademik Bahasa Inggeris. Pelbagai program, aktiviti dan pengisian telah dilakukan selaras dengan aspirasi untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Putra sebagai sebuah sekolah yang dapat membangunkan potensi murid melalui pelbagai pendedahan dan pengalaman serta pada masa yang sama berkongsi dengan komuniti sekolah setempat dan masyarakat sekeliling dalam usaha meletakkan sekolah sebagai satu penanda aras dan menjadi model standard di mana pemimpin sekolah kluster merupakan pemimpin yang berkualiti dan guru sekolah kluster adalah guru yang cemerlang. 

 

" KARNIVAL ALAM SEKITAR SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 " ini juga merupakan program tahunan sejak 2015 di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah berusaha menambahbaik objektif dan pengurusan program bersesuai dengan impak yang dijangkakan. Karnival akan melibatkan penyertaan peserta-peserta dari sekolah-sekolah kluster bertujuan melonjakkan aspek jalinan dan jaringan tempatan ke arah mendidik generasi akan datang melalui perkongsian idea, mencungkil bakat inovasi dan kreativiti. Berteraskan konsep perkongsian ilmu dan jalinan persahabatan, program ini memberi  peluang kepada lebih ramai pelajar dari pelbagai latarbelakang sosiobudaya untuk melibatkan diri dalam program kebangsaan yang membolehkan mereka berinteraksi, berfikir secara global dan mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi daripada pelbagai aktiviti yang disertai. Program ini mampu memberi impak yang amat besar dalam membina keterampilan pelajar yang mempunyai daya saing yang tinggi selain dapat meningkatkan disiplin dan keyakinan diri serta membentuk personaliti yang hebat dalam usaha melahirkan generasi yang dinamik.

Dengan program sebegini juga akan menimbulkan kesedaran dalam kehidupan manusia dan seterusnya kempen Go-Green telah diperkenalkan di setiap pelusuk dunia yang memperjuangkan ke arah bumi hijau atau pengekalan keadaan semulajadi alam sekitar demi kesejahteraan kehidupan manusia, tumbuhan dan haiwan yang secara asasnya menggalakkan pemikiran hijau atau “Think Green” terhadap alam sekitar apabila melakukan semua aktiviti seharian. Prinsip 4R dalam melindungi alam sekitar disebarluas, diamalkan serta dihayati. Begitu juga adalah menjadikan tanggungjawab terhadap kesejahteraan manusia dan alam sekitar menjadi realiti.


a. Karnival ini juga akan menjemput pihak NGO untuk memberikan input profesional berkaitan dengan usaha kerajaan dan badan itu sendiri ke arah kehidupan yang mengekalkan keseimbangan ekologi dengan mengelakkan pengurangan dan penyusutan sumber-sumber bahan asli. Selain daripada itu pameran yang berkaitan juga akan diadakan bagi memberikan lebih maklumat kepada peserta sasaran program dalam usaha mendidik generasi muda ini ke arah berfikiran positif dan lebih proaktif terhadap alam sekitar dalam tindakan dan aktiviti mereka seharian.


b. Tema KARNIVAL ALAM SEKITAR SEKOLAH KLUSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 – (Alam Sekitar Terpelihara Hidup Sejahtera) adalah perkongsian maklumat mengenai cara hidup yang mementingkan kesedaran mengenai perubahan yang berlaku pada alam sekitar akibat dari pembangunan. Dan bagaimana alam sekitar membentuk insan berfikiran inovatif dan kreatif.

© 2018 by SK Putra Kangar Perlis

bottom of page